KUALA LUMPUR: Drama Cik Manohara Odelia Pinot kini menghadapi satu pusingan babak baru apabila seorang diplomat menyatakan bahawa ibu bekas model itu, Cik Daisy Fajarina, ada disertakan dalam senarai orang yang diburu Interpol, demikian menurut laporan sebuah akhbar Malaysia semalam.
Encik Brata Mandala, seorang pegawai perhubungan kanan dengan kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, ditukil oleh New Straits Times (NST) sebagai berkata itu mungkin menjadi sebab mengapa Cik Daisy ditegah daripada memasuki Malaysi
Komen beliau yang dilaporkan oleh laman berita Indonesia, detik.com, kelmarin, bagaimanapun segera dicabar oleh peguam Cik Daisy yang berhujah bahawa Cik Daisy pasti sudah ditahan di Indonesia atau Singapura jika beliau berada dalam senarai tersebut, kata laporan NST itu.
Cik Daisy cuba memasuki Malaysia pada 19 Mac lalu tetapi beliau dihalang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Beliau kemudian mendakwa ia adalah atas 'arahan' kerana Cik Manohara ditahan tanpa kerelaannya oleh suaminya, Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra.
Cik Manohara, 17 tahun, pernah mendakwa bahawa beliau telah melarikan diri daripada suaminya itu pada Ahad lalu semasa keluarga diraja Kelantan melawat ke Singapura semasa Sultan Kelantan dirawat di negara itu.
Encik Brata kemudian mengesahkan dengan NST bahawa Cik Daisy berada dalam senarai Interpol Perancis tetapi peguam Cik Daisy gagal mencari atau menemui namanya dalam senarai itu kerana ia di bawah kuasa 'rangkaian kawasan setempat' dan hanya boleh diakses oleh Interpol atau pihak polis.
Encik Brata turut memberitahu para wartawan Indonesia bahawa Cik Daisy berada dalam senarai 'Notis Merah' Interpol sejak setahun lalu.
'Ini bermakna dia bisa ditangkap dimana-mana saja,' katanya sambil menambah bahawa beliau telah mengesahkan hal itu apabila beliau pergi ke KLIA untuk membantu Cik Daisy dibebaskan daripada para pegawai imigresen Malaysia.
'Daisy memberitahu saya tentang kes jenayah yang akan didengar di Perancis. Dia juga beritahu saya suaminya dipenjarakan di Perancis,' tambahnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment