Mayat ketua LTTE ditemui
COLOMBO: Presiden Sri Lanka, Encik Mahinda Rajapaksa, semalam mengisytiharkan negara itu 'bebas daripada pengganasan kumpulan pemisah', sementara pihak tenteranya berkata ia telah menemui mayat ketua kumpulan Harimau Pembebasan Tamil (LTTE) di kawasan pertempuran.
Sementara itu, klip video televisyen Sri Lanka turut menunjukkan mayat mirip ketua kumpulan pemisah itu, Velupillai Prabhakaran, yang masih berpakaian tentera berwarna hijau gelap. -- AP.
Asean prihatin akan Suu Kyi
BANGKOK: Asean semalam melahirkan keprihatinannya mengenai perbicaraan ke atas pemimpin pembangkang Cik Aung San Suu Kyi.
Dalam satu kenyataannya, Asean berkata Myanmar mempunyai tanggungjawab untuk melindungi hak asasi kemanusiaan.
Asean turut menggesa agar Cik Suu Kyi, yang kini dibicarakan, diberikan rawatan bagi masalah kesihatan yang dialaminya. -- AFP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment