PULAU PINANG: Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung, Abdul Malik Abul Kassim sebagai pengerusi InvestPenang, agensi penggalakkan pelaburan kerajaan negeri.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata pemilihan Abdul Malik dibuat oleh mesyuarat exco hari ini bagi mengisi jawatan yang dikosongkan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin.
Bercakap kepada pemberita dalam satu persidangan media di bangunan Komtar di sini, hari ini, beliau berkata, pelantikan Abdul Malik yang juga pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang berkuatkuasa serta merta.
Mohamad Fairus berundur dari semua jawatan dalam negeri pada 8 April lalu, dan pengunduran beliau itu membawa kepada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment