KOTA BHARU 14 Okt. - Semua cawangan Pergerakan Puteri UMNO bahagian Machang diarahkan mesyuarat semula serta dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pemilihan dan Pemantau Badan Perhubungan UMNO Kelantan.
Setiausaha UMNO Bahagian Machang, Abdul Aziz Hamzah ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, ia bagi memastikan mesyuarat cawangan terbabit dikendalikan mengikut peraturan dan perlembagaan parti.
Beliau berkata, ia ekoran daripada keputusan jawatankuasa berkenaan yang membatalkan Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Machang yang diadakan Jumaat lepas di Sekolah Menengah Sains (SMS) Machang dekat sini. - Utusan
Tuesday, October 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment