Pages

Tuesday, October 14, 2008

RINGKAS DUNIA

Gagal akur isu sempadan

PHNOM PENH: Menteri Luar Kemboja, Encik Hor Namhong, dan Thailand, Encik Sompong Amornwiwat, semalam menyambung rundingan mengenai pertikaian sempadan yang meletus menjadi satu pertempuran, menyebabkan seorang askar Kemboja dan dua askar Thai cedera 3 Oktober lalu.

Namun, rundingan dua jam itu gagal menghasilkan sebarang persetujuan. -AP.

Tak perlu askar tempur Britain

BAGHDAD: Perdana Menteri Iraq, Encik Nouri al-Maliki, berkata 4,100 askar Britain di selatan Iraq tidak lagi diperlukan bagi mengawal keselamatan, lapor akhbar Times of London semalam.

'Mungkin ada keperluan bagi kepakaran mereka dalam latihan dan isu teknikal. Tetapi sebagai askar tempur, mereka tidak lagi diperlukan,' kata beliau. -- AP.

Timbang perluas kerjasama ekon

SEOUL: Korea Selatan semalam berkata ia mungkin meluaskan kerjasama ekonomi dengan Korea Utara menyusuli keputusan Amerika Syarikat Sabtu lalu menggugurkan Pyongyang daripada senarai negara penaja pengganasan.

Jurucakap Kementerian Penyatuan Korea Selatan, Encik Kim Ho- Nyeon, berharap keputusan Amerika itu akan membawa kesan positif kepada hubungan antara kedua-dua negara Korea. -- AP.

No comments:

Posting Terkini