Pages

Saturday, October 11, 2008

PM Cadang Sebuah Kelab BN Semua Semua Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan supaya sebuah Kelab Barisan Nasional (BN), yang membenarkan keanggotaan terus untuk mereka yang berminat menyertai sebarang komponen parti campuran pemerintah.


Abdullah, yang juga Pengerusi BN berkata kelab itu, akan berfungsi sebagai satu landasan untuk rakyat Malaysia berinteraksi dan menjalin hubungan lebih baik dengan para pemimpin.

Beliau berkata idea itu timbul selepas berintegrasi dengan anggota akar umbi, yang menyokong parti pemerintah, tetapi tidak mahu menyertai parti politik disebabkan ada sedikit ketidakpuasan hati dengan sesetengah parti komponen parti BN.

"Ini satu idea yang saya berikan dan sesuatu yang anda mesti fikirkan. Ada ramai yang menyokong BN dan mahu rapat dengan BN dan mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan para pemimpin dan yang bercakap bahawa parti ini buat itu dan ini.

"Saya rasakan bahawa mereka mahu peluang untuk rapat dengan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Nasional ke-37 di Menara PGRM di sini, Sabtu.

No comments:

Posting Terkini