Pages

Friday, October 10, 2008

Bekas Presiden Finland pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2008

OSLO 10 Okt. – Bekas Presiden Finland, Martti Ahtisaari hari ini diumumkan sebagai pemenang Hadiah Nobel Keamanan kerana usaha beliau untuk menghasilkan perdamaian berkekalan di seluruh pelosok dunia termasuk Aceh, Timor Leste dan rantau Balkan.

Ahtisaari, 71, menjadi perantara dalam rundingan yang membawa kepada perjanjian damai antara kerajaan Indonesia dengan pemisah Gerakan Aceh Merdeka (GAM) di Aceh pada 2005.

Jawatankuasa Nobel Norway memilih Ahtisaari untuk menerima hadiah bernilai AS$1.4 juta (RM4.76 juta) daripada senarai 197 calon kerana “usaha penting yang dilakukannya di beberapa benua dalam tempoh lebih 30 tahun untuk menyelesaikan konflik antarabangsa.”

“Usaha tersebut telah menyumbang ke arah mewujudkan dunia yang lebih aman selain mengeratkan ‘persaudaraan antara negara’ se jajar dengan semangat yang ditunjukkan oleh Alfred Nobel,” menurut Jawatankuasa itu. - AP

No comments:

Posting Terkini