Calon 'James Bond' tertipu
JAKARTA: Gara-gara mengharapkan sangat pekerjaan, dua lelaki sanggup mentatu muka mereka.
Ketua kampung, Encik Sawiyono, mendakwa beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada orang yang mendakwa menjadi pegawai pemerintah dan menawarkan kerja sebagai pegawai perisik.
Bagaimanapun, pegawai palsu itu berkata muka dua lelaki yang mahu pekerjaan tersebut perlu ditatu.
Encik Sawiyono menyedari beliau ditipu hanya selepas memeriksa dengan ketua daerah Bojonegoro di Jawa Timur dan diberitahu bahawa tiada syarat sedemikian bagi memohon pekerjaan itu.
Bagaimanapun, maklumat itu lambat diterima dan dua lelaki yang mahu pekerjaan tersebut sudah mentatu gambar naga pada muka mereka.
'Saya bertanggungjawab sepenuhnya dan akan membantu mereka membuang tatu itu,' kata Encik Sawiyono. -- AFP.
Padah ibu bapa syok beraya
DUBAI: Kerana terlalu asyik berhari raya, anak-anak dilupakan.
Ini yang berlaku di Dubai dan polis terpaksa menyelamatkan empat kanak-kanak yang terkunci di dalam beberapa kereta pada musim perayaan itu selepas ibu bapa mereka terlupa.
'Kami terpaksa menyelamatkan empat kanak-kanak. Kejadian ini pelik kerana ia berlaku pada hari sama,' kata Timbalan Pengarah Jabatan Menyelamat Polis Dubai, Mejar Ahmad Atiq Reqaibah.
Beliau menasihatkan ibu bapa supaya lebih prihatin terhadap anak-anak mereka. -- Agensi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment