Pages

Monday, June 20, 2011

Penganut Kristian terus beramal walau ada halangan

TAMBUNAN: Penganut Kristian di negara ini akan terus mengamalkan kebebasan beribadah, meskipun terdapat pihak yang cuba menafikan hak ini, kata Timbalan Ketua Menteri, Joseph Pairin Kitingan.
Beliau berkata, “kita sedia maklum bahawa Perlembagaan Negara memberikan jaminan untuk kita mengamalkan kebebasan beragama.
Ini memang tidak dinafikan, tetapi dalam perjalanan itu ada sahaja halangan-halangan tertentu yang mengganggu kita.

“Ada sahaja pihak tertentu yang memperbesar-besarkan isu tertentu yang mana sebenarnya boleh dibincangkan secara tertutup.
“Sejarah yang harus diingati iaitu peristiwa yang berlaku pada tahun 70-an yang mana kita (penganut Kristian) menghadapi masalah dan gangguan tertentu sehingga mengganggu dalam soal beribadah.”
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Perayaan Ulangtahun Keuskupan Keningau dan Ulangtahun Pentahbisan Bapa Uskup Ke-18 peringkat Paroki St. Theresa, bertempat di St. Edwin Kuala Monsok, semalam.
Pairin berkata, “kita tidak mahu sejarah itu berulang dan saya berharap agar penganut Kristian tidak terlalu diganggu dalam perjalanan ibadah.
Pendekatan sederhana
“Saya bagi pihak Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada semua masyarakat Kristian yang mengambil pendekatan, pemikiran yang seimbang dan sederhana dalam soal ini.
“Saya percaya masyarakat Kristian akan terus berpegang kepada Perlembagaan Negara, iaitu jaminan terhadap kebebasan beragama,” katanya.
Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Pembangunan, Robert Stidi, Pemimpin Kemajuan Rakyat, Laiwon Dalus, Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong, Rev Fr Bonaventure Unting, David Benedict, Pengerusi Majlis Pastoral Parokhi St Theresa dan Daniel Yombung, Pengerusi Ketua Umat Katolik St Theresa.
Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur berkata, pihak Kerajaan Negeri amat prihatin dengan keperluan masyarakat Kristian dengan pelbagai peruntukan membantu khususnya dalam soal pembangunan gereja.
“Kita harus bersyukur dengan Kerajaan yang ada sekarang yang memberikan bantuan kewangan setiap tahun kepada badan agama bukan Islam.
“Kita menyedari walaupun peruntukan ini tidak mencukupi, tetapi ianya sedikit sebanyak membantu meringankan beban pihak gereja dalam menyediakan rumah ibadah yang lebih selesa.
“Saya memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri akan terus memainkan peranan sebagai Kerajaan yang prihatin, bertanggungjawab dan adil kepada semua rakyat,” tegas beliau.
Terdahulu, Pairin yang juga Ahli Parlimen kawasan Keningau meluluskan pembinaan Mini Dewan Terbuka dengan peruntukan sebanyak RM45,000 dengan menggunakan peruntukan Parlimen.
Kata kunci :
UMNO = SEKS # UMNO itu SEKS # UMNO gila SEKS # UMNO utamakan SEKS

No comments:

Posting Terkini