Pages

Monday, June 13, 2011

Kes Rasuah Khir Toyo

SHAH ALAM 13 Jun – Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni berkata, beliau tidak mempunyai pilihan selain menjual dua lot tanah termasuk sebuah rumah banglo pada harga RM3.5 juta kepada bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pada 2007.

Katanya, beliau berbuat demikian kerana khuatir projek perumahannya di Selangor akan tergugat dengan mengambil kira kedudukannya sebagai seorang ahli perniagaan dan Dr Mohamad Khir sebagai Menteri Besar ketika itu.

"Perbincangan pernah berlaku antara saya dan Dr Khir pada 2004 dan dia (Dr Khir) mahu penjualan pada harga RM3.5 juta.


“Saya sebenarnya tidak bersetuju kepada harga itu kerana terlalu rendah dan saya nyatakan sekurang-kurangnya RM5 juta hingga RM5.5 juta.

"Waktu saya beli hartanah ialah RM5 juta, tambah suai RM1.5 juta, jadi harganya semua RM6.5 juta. Saya beri diskaun sedikit sebab itu saya letak RM5.5 juta tetapi tidak dipersetujui Dr Khir dan katanya hanya mampu RM3.5 juta sahaja,” katanya semasa disoal Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamed di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Shamsuddin menyambung keterangannya pada hari keempat kes perbicaraan Dr Mohamad Khir yang didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui Shamsuddin. – Bernama

No comments:

Posting Terkini