Pages

Monday, June 20, 2011

Guan Eng gesa kerajaan batal kontraktor hospital

PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menggesa kerajaan persekutuan membatalkan kontrak perkhidmatan Faber Medi-Serve Sdn Bhd yang didakwa gagal menyelenggara hospital di negeri itu sehingga mengancam keselamatan orang awam.
Faber Medi-Serve merupakan sebuah syarikat dilantik kerajaan persekutuan untuk memberi khidmat penyelenggaran kepada 72 buah hospital di seluruh negara.
Menurut Guan Eng dalam tempoh setahun perkhidmatan, syarikat itu gagal menyelenggara membabitkan hospital besar negeri sehingga menyebabkan kecederaan ke atas Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayob Yaakob.

Guan Eng yang nyata kesal dengan perkhidmatan kontraktor terbabit mahu kerajaan membuat lantikan menerusi sistem tender terbuka demi menjamin kesejahteraan rakyat.
“Kegagalan dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh syarikat tersebut dalam tempoh masa setahun ini di Hospital Besar Pulau Pinang adalah; bumbung runtuh di wad bersalin yang telah mencederakan orang awam,pembiakan nyamuk aedes di persekitaran hospital,alat pemadam api yang gagal berfungsi, ‘manhole’ yang tidak bertutup dalam lorong koridor awam yang telah mencederakan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang selepas beliau terjatuh ke dalamnya.
Mencederakan orang awam
“Kejadian sedih yang mencederakan orang awam memang memalukan dan mengancam keselamatan awam. Kerajaan Negeri amat prihatin akan keselamatan warga Pulau Pinang yang mengunjungi Hospital Besar Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan.
“Sekiranya Ketua Polis Negeri Pulau Pinang pun boleh tercedera atas kecuaian pihak kontraktor yang tidak menutup “manhole” dalam lorong koridor orang awam, kualiti perkhidmatan syarikat tersebut memang buruk sekali sehingga mengancam keselamatan awam,” katanya dalam  surat kepada Menteri Kesihatan , Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berharap agar pihak kementerian berkenaan segera mengambil tindakan sebelum perkara tidak diingini berlaku ke atas orang awam.
“Kerajaan Negeri menggesa Kerajaan Pusat untuk menamatkan kontrak perkhidmatan yang telah diberikan kepada syarikat tersebut di Pulau Pinang dan melantik menerusi sistem tender terbuka seorang kontraktor yang lebih berwibawa dalam tugasan tersebut demi menjamin kesejahteraan rakyatnya.
“Janganlah pihak kementerian bertindak hanya apabila berlaku kematian,” katanya.

Kata kunci :
UMNO = SEKS # UMNO itu SEKS # UMNO gila SEKS # UMNO utamakan SEKS

1 comment:

Anonymous said...

kalau perkhidmatan selerengara faber medi-serve kepada pihak kerajaan (hospital) cuai atau tidak sempurna, terus nak tamatkan kontrak perkhidmatan.... tapi bagaimana pula isu kegagalan atau kecuaian pihak hospital terhadap rakyat yang kadang-kadang berlaku kepada sesetengah pihak??? apa tindakan yang hendak diambil?? nak tamatkan perkhidmatan hospital sebagai perkhidmatan perubatan???

Posting Terkini