Pages

Sunday, May 22, 2011

Sekilas Dunia


Dua maut dalam gempa di Turkey


ISTANBUL: Satu kejadian gempa bumi yang menggegarkan bahagian barat laut Turkey, kelmarin, mengorbankan dua orang dan mencederakan 79 lagi, kata Menteri Sekitaran Turkey, Encik Veysel Eroglu, semalam.

Seorang cedera parah, kata pihak penyiar berita sambil memetik menteri itu, manakala salah seorang mangsa mati akibat serangan jantung.

Gempa sekuat 5.9 pada skala Richter itu menggegarkan bandar Simav, kira-kira 80 kilometer ke barat daya Kutahya. -- Reuters.

640 cedera dalam nahas rel Afrika S


JOHANNESBURG: Sebuah kereta api yang merempuh sebuah lagi kereta api yang tidak bergerak di Soweto, Afrika Selatan, di luar kawasan Johannesburg, malam kelmarin, telah menyebabkan lebih 640 penumpangnya cedera, lapor media setempat, sambil memetik perkhidmatan kecemasan.


Agensi berita Afrika Selatan, SAPA, berkata dua daripada mereka yang cedera berada dalam keadaan kritikal. -- Reuters.


Dua letupan bom di selatan Thailand

BANGKOK: Sembilan orang, termasuk seorang pegawai polis, cedera dalam dua kejadian letupan bom di Narathiwat, semalam.

Ketua Polis Sungai Padi, Kolonel Pirapol Na Pathalung, berkata pada mulanya bom seberat lima kilogram dari sebuah motosikal yang diletakkan di Sungai Padi meletup tanpa mencederakan sesiapa sekitar 10.20 pagi tetapi lima minit kemudian, bom kedua seberat 20 kilogram, yang tersembunyi dalam sebuah kereta 40 meter dari situ, pula meletup mencederakan semua mangsa. -- Bernama.





No comments:

Posting Terkini