Pages

Wednesday, May 25, 2011

PAS bagai gajah tak berkepala

KUALA LUMPUR: Pemerhati politik PAS, Profesor Dr Aziz Bari menyifatkan keengganan kepimpinan tertinggi PAS membawa perubahan dalam parti Islam tersebut bagaikan ‘gajah tak berkepala’.
“Kalau dipimpin korporal saja, apa jadi pada general?” Aziz bertanya dalam forum dalam satu forum bertajuk ‘Pemilihan PAS: Mampukah PAS membuat lonjakan?’ di Dewan Perhimpunan Cina  Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Beliau berkata demikian semasa mengulas keengganan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi pemangkin pembaharuan dalam PAS.
“Walaupun PAS besar dengan keahlian lebih 1 juta orang ia bagaikan gajah tak berkepala,” Dr Aziz berkata dalam forum anjuran Free Public Forum (FPF) dan Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS).
Beliau menambah kepimpinan parti lebih dilihat aktif secara bermusim sedangkan ketua parti boleh dilantik sebagai Perdana Menteri.

PAS terjebak
“PAS masih lagi terjebak. Perwakilan enggan berubah dan enggan memberi arahan buang padang meskipun Tan Sri Mohd Asri Muda pernah dikeluarkan.”
Asri merupakan mantan presiden PAS sejak 1971 hingga Oktober 1982 yang dibuang oleh jawatankuasa disiplin PAS.
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad walau bagaimana pun mempertahankan kepimpinan ulama di dalam PAS di bawah presiden parti Abdul Hadi.
“Ada baiknya orang No. 1 parti bukan pro-perubahan kerana beliau memastikan parti masih dalam kawalan.
“Saya tidak iri hati terhadap presiden parti kerana beliau sedang mengimbang pelbagai pandangan,” kata Khalid di dalam forum yang sesak.
Kepimpinan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan turut dibandingkan Khalid.
“Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat lain kerana beliau rasa dirinya mantap dan boleh menjadi pemangkin perubahan tanpa menjejaskan parti.”



1 comment:

Anonymous said...

Gajah tu sebenarnya ada kepala,cuma tak nampak sebab dibalut dengan serban.

Posting Terkini