KUALA LUMPUR: Tun Mahathir Mohmad meramalkan pilihan raya umum tidak akan di adakan pada tahun ini.
“Kalau buat sekarang Umno akan kalah kerana isu perkauman sedang kuat.
“Umno pula dalam kedudukan yang lemah walaupun tidak terlalu lemah.
“Tetapi terpulang kepada perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata bekas perdana menteri selepaas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Cheras hari ini.
Dr Mahathir menjawab soalan wartawan mengenai tarikh pilihan raya umum ke 13.
“Tunggu habis edah” tambahnya dengan nada bergurau.
Menurut beliau, Umno berada dalam kedudukan lemah kerana orang Melayu marah dan tidak menyokongnya.
“Orang Melayu melihat pemimpin Umno hari ini berjuang untuk kepentingan sendiri.
“Mereka nampak pemimpin Umno mengejar harta, kontrak dan AP (permit yang diluluskan, bukan lagi untuk bangsa, agama danb negara,” katanya.
Dr Mahathir ekstremis sama ada parti politik dan individu kini muncul kerana kerajaan yang ada hari ini lemah.
Menurutnya, ekstremis tidak muncul sepanjang beliau menjadi perdana menteri selama tahun.
“Ada juga segolongan orang Cina yang ekstrem. Tetapi orang Cina tidak larang dia bercakap.
“Dalam Umno ada ekstremis juga,” tambahnya.
1 comment:
Mahathir bukan meramalkan tetapi dia sedang memberi isyarat kepada anak didiknya najib supaya jangan buat pilihanraya sekarang kerana umno akan ditalqinkan jika buat sekarang.
TAKKAN TAK ATU PERANAN ORANG TUA NI DALAM POLITIK NAJIB.
Post a Comment