Pages

Sunday, May 8, 2011

‘PAS berjuang untuk DAP’

KUALA LUMPUR: PAS kini berjuang untuk DAP dan bukan lagi kepentingan. Melayu dan agama Islam, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Dulu nak pandang muka DAP  pun tidak mahu kini PAS kata jangan sentuh DAP walau dalam hal orang Melayu dan agama Islam.

“Dulu Karpal Singh kata kalau PAS nak tubuh negara Islam kena langkah mayat mereka dulu.
“Kini sudah terbalik,” kata bekas presiden Umno ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Umno Cheras hari ini.
Dalam ucapan kira-kira 40 minit Dr Mahathir berkata, PAS menjadi titik mula perpecahan orang Melayu.
Kata bekas presiden Umno itu, ulamak yang asalnya dalam Umno  tidak puas hati kerana tidak diberi tempat telah bertindak keluar menubuhkan PAS.
“Puncanya orang Umno yang pandai bahasa Inggeris diberi tempat, mereka golongan yang pandai bahasa Arab tetapi tidak pandai bahasa Inggeris tidak diberi tempat,“ katanya.
Dr Mahathir juga menyelar Datuk Nik Aziz Nik Mat yang memutar belit ayat Quran dan berbohong.
Menteri Besar Kelantan itu dakwa Dr Mahathir sanggup berkata tidak salah orang Islam berpecah dua.
“Boleh PAS nak lawan Umno tapi jangan bersekongkol dengan DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dia (PAS) nak lawan kita seorang sama seorang pun boleh. Jangan (bersama) dengan DAP,” katanya.




No comments:

Posting Terkini