Pages

Saturday, April 2, 2011

PRN S’wak: Taib umum calon BN esok

Warta Kerajaan Rakyat - KUCHING: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 akan diumumkan esok, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Taib yang juga Pengerusi BN negeri berkata pengumuman itu akan dibuat pada pukul 3 petang di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) di sini.
“Saya akan mengadakan mesyuarat pagi esok. Pengumuman (calon) pada pukul 3 petang,” katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Program Sejiwa Senada Kerajaan Bersama Rakyat peringkat Bandaraya Kuching Utara di Perkarangan Sukma Ria, Petrajaya dekat sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu adalah isteri Taib, Puan Sri Ragad Waleed Al-Kurdi dan Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.
Semalam, Taib mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN pusat Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya, dipercayai untuk menyerahkan senarai nama calon BN bagi pilihan raya negeri.
Pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan pada 16 April ini dengan penamaan calon pada 6 April melibatkan 71 kerusi Dewan Undangan Negeri.

- BERNAMA


No comments:

Posting Terkini