Pages

Saturday, April 2, 2011

Badrul, peguam dituduh menghina Speaker DUN

Warta Kerajaan Rakyat - SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah dan peguamnya Datuk Mohd Hafarizam Harun akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas kesalahan menghina Speaker Selangor Dewan Datuk Teng Chang Khim.
Badrul dan Hafarizam yang juga penasihat Undang-Undang Umno dirujuk atas tuduhan mereka secara berasingan atau bersama melakukan kesalahan menghina Dewan dengan menghantar sepucuk surat bertarikh 29 Mac lalu kepada Teng dengan menggunakan bahasa yang amat tidak senonoh, biadab dan mengugut.
Perkara itu diputuskan Timbalan Speaker Haniza Talha dalam sesi perbahasan Dun setelah diusulkan oleh Menteri Besar yang juga Adun Ijok Tan Sri Khalid Ibrahim dan dipersetujui Adun Batu Tiga Rodziah Ismail.

Khalid semasa membentangkan usul itu berkata, surat mengenai isu kes mahkamah tentang status kerusi Dun Pelabuhan Klang yang dihantar Badrul dan Hafarizam itu dihantar kepada Teng Selasa lalu semasa sesi Dun masih bersidang.
“Surat itu mengandungi nota dengan bahasa yang tidak senonoh, biadap, mengugut dengan niat untuk mengambil tindakan ke atas Speaker untuk timbulkan kebencian kepada Dewan dan mempersendakan Dewan…itu penghinaan ke atas Dewan.
“Ingin ditegaskan tuntutan saman yang difailkan Speaker terhadap kerusi Pelabuhan Klang bukan atas kapasiti sendiri tetapi atas nama Speaker Dewan,” katanya.
Sehubungan itu, sidang Dun turut melantik Adun Kota Alam Shah M Manoharan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menggantikan Teng menyiasat dakwaan ini bagi mengelak siasatan secara berat sebelah.
Pada 18 Februari lalu Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengisytiharkan Badrul masih sah sebagai wakil rakyat di kawasan terbabit.
Hakim Datuk Zaleha Yusof membenarkan saman pemula yang dikemukakan Badrul, manakala Teng diarahkan membayar ganti rugi teladan sebanyak RM40,000.
Selain Hafarizam, Badrul turut diwakili Badrul diwakili Firoz Jamaluddin manakala Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said mewakili Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dinamakan sebagai defendan.
Sementara Teng pula diwakili Nurashikin Abdul Rahim daripada Tommy Thomas Advocates and Solicitors
Badrul memenangi kerusi Dun Pelabuhan Klang atas tiket PKR pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 4,407 undi.
Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) serta calon bebas, sebelum meninggalkan PKR pada Oktober 2009 untuk menjadi Adun bebas yang mesra BN.


No comments:

Posting Terkini