Warta Kerajaan Rakyat - SHAH ALAM: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan kos ganti rugi teladan mahkamah sebanyak RM40,000 yang perlu dibayar Kerajaan Negeri Selangor kepada Adun Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah terlalu kecil.
Sehubungan itu, Khalid menganggap notis tuntutan Badrul yang dikemukakan kepada Speaker Selangor Datuk Teng Chang Khim selepas tewas dalam tuntutan pengisytiharan kekosongan kerusi Pelabuhan Klang pada 18 Februari lalu itu sebagai tidak wajar
Dalam notis tuntutan yang dikemukakan kepada Teng melalui peguamnya Messrs Tommy Thomas bertarikh 29 Mac lalu, Badrul meminta agar kos sejumlah RM40,000 dbayar kepadanya atau melalui peguamnya dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat tersebut.
“Kami juga mendapat arahan daripada anak guam kami supaya meneruskan Prosiding Pengisytiharan Bankrap terhadap anak guam anda kerana gagal mematuhi arahan bertarikh 18 Februari 2011 yang telah dihantar kepada anda pada 22 Mac 2011,” surat tersebut dipetik.
Surat itu dikemukakan Badrul melalui peguamnya yang juga Penasihat Undang-Undang Umno Datuk Hafarizam Harun.
Namun Khalid menegaskan pihaknya tidak akan tunduk kepada tuntutan Badrul kerana kes itu sedang berjalan kerana sudah dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk disemak semula, dan dalam masa yang sama rayuan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam sudah dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi Rayuan.
“Peguam Badrul ambil kesempatan cuba gunakan kuasa meminta Speaker membayar kos tersebut dan kalau tak bayar, mereka akan usahakan pengisytiharan bankrap.
“Ini satu ugutan..bukan sahaja tidak menghormati Speaker dan Dewan, malah Kerajaan Selangor sendiri.
“Ini kerana kes ini adalah kes kerajaan negeri memandangkan peguam mewakili Teng dilantik dan diberikan kuasa oleh penasihat undang-undang negeri secara formal,” katanya kepada pemberita selepas sesi sidang Dun petang tadi.
Sementara itu, Teng berkata notis yang diberikan kepadanya biadap dan ‘mala fide’ (berniat jahat) kerana dihantar kepadanya semasa sidang Dun masih berjalan pada Selasa lalu atas kapasiti sebagai Speaker, dan bukannya individu.
Kerajaan negeri tidak akan lari
“Kenapa Badrul mahu tergesa-gesa? Kerajaan negeri tak akan lari.
“Kenapa Badrul mahu tergesa-gesa? Kerajaan negeri tak akan lari.
Jika selepas Pilihan Raya Umum dan Selangor jatuh ke tangan Barisan Nasional, kerajaan negeri masih lagi perlu membayar Badrul jumlah tersebut kerana kes ini membabitkan dirinya dengan Speaker, bukan atas kapasiti saya secara individu,” katanya.
Sementara itu, Badrul ketika ditemui pemberita berkata dirinya akan hadir ke perbicaraan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan itu dan bersedia atas apa jua keputusan.
“Tak apalah kalau nak siasat. Saya bersedia dan akan hadir. Saya pun nak tahu apa benda yang kata saya biadap…ini perintah mahkamah.
Wakil peguam Badrul daripada firma Hafarizam & Wan Aisha Mubarak berkata notis pengisytiharan bankrap yang dihantar kepada Teng itu adalah satu peraturan biasa dalam mana-mana kes tuntutan sivil yang membabitkan kos melebihi RM30,000.
No comments:
Post a Comment