Warta Kerajaan Rakyat - KUCHING: Agenda pembangunan tetap menjadi keutamaan Kerajaan Barisan Nasional (BN) malah, usaha itu tidak ada titik noktahnya meskipun pucuk pimpinan bersilih ganti.
Ketua Menteri, Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud berkata, BN mempunyai barisan pimpinan yang berkarisma selain memiliki strategi pembangunan yang cukup tersusun.
Katanya, ia merupakan nadi kekuatan sebenar BN sejak memerintah Sarawak malah, formula pembangunan yang digunapakai sebelum ini bukan sahaja berjaya membangunkan negeri tetapi juga taraf sosio dan ekonomi rakyat secara keseluruhan.
“Patah tumbuh hilang berganti. Tetapi biarkan parti terus kukuh pada kedudukannya tanpa diganggu gugat oleh sesiapa pun. Kita masih mempunyai visi jangka panjang dan saya yakin usaha murni yang mampan ini di terima baik oleh rakyat, ” katanya.
Hadir sama Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur, Datuk Haji Daud Abdul Rahman, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Sri Douglas Uggah Embas, Penyandang Adun N.30 Saribas, Dr. Wahbi Junaidi dan isteri Ketua Menteri, Puan Sri Raghad Kurdi Taib.
Program bertujuan menyemarakkan kesedaran mengenai kepentingan perpaduan dalam rangka kerja mengerak kemajuan dan bersaing secara sihat dalam ekonomi serta sosial.
Selain itu ia bermatlamat, memberi pendedahan, menggalakkan partisipasi masyarakat akar umbi terhadap peluang dalam bidang pendidikan (khasnya peluang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan institusi kemahiran.
Dalam pada itu, ia merupakan salah satu usaha kerajaan mendekati masyarakat akar umbi melalui penyediaan perkhidmatan, maklumat segera demi merapatkan jalinan hubungan mesra dua hala.
Taib berkata, perubahan yang dilaksanakan kerajaan bukan sahaja mempengaruhi sosio dan ekonomi rakyat malah, sebahagian besar mereka kini mampu menikmati pembangunan hasil usaha bersepadu kerajaan itu.
Bagaimana pun katanya, kejayaan dan kemakmuran yang dikecapi hari ini tidak datang bergolek tetapi terhasil daripada kesungguhan dan kebijaksanaan jentera pimpinan BN yang amat berdedikasi dan mantap.
“Saya menjadi menteri sebelum Malaysia lagi”
“Saya menjadi menteri sebelum Malaysia lagi”
“Saya sudah mengabdikan diri lebih 40 untuk rakyat. Bahkan, saya menjadi menteri sebelum Malaysia lagi. Sepanjang tempoh itu, saya sudah merasai pahit maungnya hidup sebagai ahli politik dan sukarnya membangunkan negeri ini.
“Namun, berkat kerjasama jitu antara kepemimpinan dalam BN, kita berjaya mengharungi segala rantau. Bagi saya, pemimpin yang baik akan memimpin dengan baik. Orang bijak akan menjadi bijak memimpin. Pemimpin sebegini lebih mengutamakan rakyat, mengutamakan perpaduan di kalangan rakyat. Itu yang lebih utama,” tegasnya.
Pada masa yang sama beliau mahu rakyat menolak politik berunsur peribadi kerana ia tidak akan memberikan sebarang manfaat sebaliknya merugikan negeri dalam tempoh jangka panjang.
“Kita tidak boleh campur soal peribadi dengan negeri. Jangan sekali kita merosakkan negeri atas dasar peribadi. Ini soal negeri… soal pembangunan bukan kepentingan peribadi.
“Oleh kerana itu, marilah kita bergerak seiringi, senada dan sejiwa, bekerja bersungguh-sungguh supaya semua hasilnya boleh kita nikmati. Orang kata, Datuk Taib akan datang dan pergi. Tetapi itu tidak penting kerana yang lebih utama ialah parti kita mesti kekal bagi memastikan Malaysia dan negeri lebih maju,” katanya.
Beliau juga memberitahu, rakyat Sarawak akan terus menikmati lonjakan pembangunan dalam tempoh beberapa tahun akan datang di samping berpeluang meraih pendapatan lebih tinggi melalui peluang pekerjaan di pelbagai sektor.
Projek Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) katanya, bakal menguntungkan penduduk dari luar kawasan wilayah pelaksanaan projek terbabit pada masa akan datang.
Ini kerana pelaksanaan SCORE kata beliau akan menjadikan Sarawak sebagai salah sebuah kawasan yang mempunyai daya tarikan modal yang tertinggi di dunia yang dengan nilai mencecah RM30 bilion apabila projek ini dilaksanakan nanti.
“Pelaksanaan SCORE meliputi kawasan seluas 60,000 kilometer persegi iaitu kira-kira satu pertiga dari keluasan negeri Sarawak. Namun begitu pelaksanaan projek ini bakal memberi kesan besar dalam pembangunan ekonomi dan infrastruktur.
“Ia meliputi pembangunan rakyat secara berpusat, pembinaan jalan raya persisiran pantai, penyediaan sebanyak 240,000 peluang kerja untuk penduduk luar wilayah projek SCORE dan banyak lagi,” katanya sambil menambah Sarawak akan muncul sebagai negeri terkaya dalam Malaysia menjelang tahun 2030.
No comments:
Post a Comment