Pages

Saturday, February 12, 2011

Rusuhan agama: 13 diberkas


JAKARTA: Polis Indonesia semalam berkata mereka telah memberkas 13 orang berkaitan dua rusuhan agama yang telah mengakibatkan tiga orang terbunuh dan beberapa gereja dibakar.

Lima orang ditahan kerana menyerang sampai mati tiga ahli satu mazhab minoriti di Jawa Barat Ahad lepas, selepas satu sedutan video mengenai kejadian tersebut disiarkan di laman YouTube, kata polis.

Lebih daripada 1,000 pelampau telah menyerang rumah seorang pemimpin Ahmadiyah dan memukul serta merejam tiga ahli kumpulan itu dengan batu hingga mati.


Dua hari kemudian, sekumpulan penganut Islam mengamuk di jalan-jalan di Temanggung, Jawa Tengah, dan membakar beberapa gereja selepas seorang penganut Kristian dihukum penjara kerana menghina Islam. Perusuh itu mahu lelaki Kristian itu dihukum mati.

Polis berkata lapan orang telah diberkas dalam kejadian di Temanggung itu. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini