Pages

Saturday, February 12, 2011

Pelakon wanita murahan


PETALING JAYA: Pelakon Safura Yaacob dengan hati terbuka memaafkan penyanyi Ifa Raziah yang telah membuat tohmahan buruk dengan menuduhnya sebagai pelakon wanita murahan di sebuah laman sosial, Sabtu lalu.

Safura berkata, beliau turut mengikut nasihat ibunya supaya mengambil tindakan sedemikian bagi memastikan masalah di antara mereka yang terjadi sejak lebih sepuluh tahun lalu tidak berterusan.

'Saya sudah memaafkan perbuatan dia yang tergamak menggelar saya dengan pelbagai bahasa kasar.

'Ibu saya yang mengetahui perkara itu menasihati agar tidak perlu melayan perkara tersebut kerana kita sendiri terkejut kenapa penyanyi itu tergamak mengeluarkan bahasa sedemikian,' katanya ketika dihubungi laman berita mStar Online semalam.


Safura diminta mengulas kenyataan penyanyi Ifa Raziah yang telah melemparkan kata-kata kesat terhadapnya dalam sebuah laman sosial Twitter berikutan kenyataan Safura mengenai hubungan mereka di satu program hiburan TV baru-baru ini.

Dalam program itu, Safura menceritakan perkembangan peribadinya selama ini, selain memaklumkan masalah mengenai kes mahkamah di antara beliau dengan pelakon terbabit sudah selesai.

Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan Ifa Raziah bahawa Safura masih belum menyelesaikan kos mahkamah sebanyak RM500 ($210) membabitkan saman di antara mereka seperti mana yang diarahkan, Safura berkata bayaran tersebut sudah dijelaskan melalui peguamnya.

Sebelum ini Safura pernah mengemukakan tuntutan ganti rugi sebanyak RM500,000 daripada Ifa Raziah dengan mendakwa penyanyi dangdut itu dengan niat jahat meminta wartawan menyiarkan kenyataan mengenainya (Safura) dalam dua edisi majalah Media Hiburan pada Oktober dan November 1998.

Dalam pembelaannya, Ifa Raziah mengaku memberitahu wartawan yang beliau baru sahaja sembuh daripada penyakit ganjil tetapi menafikan membuat kenyataan bahawa penyakit itu disebabkan oleh seorang rakan artis iaitu Safura.

Safura bagaimanapun tewas dalam tuntutan itu sebaliknya perlu membayar kos mahkamah sebanyak RM500.

No comments:

Posting Terkini