Saturday, February 19, 2011
Kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Menyundal
PUTRAJAYA: Tokoh korporat bergelar Tan Sri dan artis adalah antara lebih 500 pelanggan yang menggunakan khidmat sindiket nikah palsu yang dibongkar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahad lalu.
Kebanyakan pelanggan sindiket yang dianggotai empat orang itu dipercayai mereka yang mahu berpoligami tanpa kebenaran isteri.
Kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas SPRM menahan empat anggota sindiket itu, termasuk dipercayai dalangnya, seorang kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Difahamkan, wali tidak perlu hadir ketika majlis pernikahan berlangsung, hanya perlu membuat pengesahan melalui telefon.
Sindiket itu mengenakan bayaran antara RM1,600 ($669) dengan RM2,300 dan menyediakan sijil serta kad perakuan nikah hampir sama seperti dikeluarkan Jabatan Agama Islam negeri.
Sindiket terbabit juga dikesan menyedia dan menjual sijil serta kad nikah kepada pasangan yang mahu memiliki dokumen itu tanpa perlu menghadiri majlis pernikahan.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, berkata pihaknya telah melakukan risikan dan pemantaun kegiatan sindiket itu sejak akhir tahun lalu berdasarkan maklumat awam dan laporan media.
Beliau berkata, daripada empat yang ditahan, tiga lelaki berusia 50 tahun hingga 64 tahun.Sementara itu, wanita berusia 43 tahun yang ditahan adalah isteri kakitangan Jakim.
Menurut sumber, kebanyakan mangsa tidak mengikuti prosedur ditetapkan untuk berpoligami iaitu tanpa kebenaran secara bertulis daripada mahkamah syariah.
Sumber itu berkata, khidmat sindiket terbabit cukup mudah kerana pasangan hanya perlu menyediakan dua keping salinan kad pengenalan serta saksi, sebelum diminta bertemu di satu tempat untuk menyerahkan dokumen itu. -- Harian Metro, BHM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment