Pages

Thursday, February 17, 2011

Fitnah II: Borang sampel bukti tak diterima mahkamah


KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Fitnah II bersambung hari ini apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendengar keterangan pakar DNA,  Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia,Dr Seah Lay Hoong.
Dalam perbicaraan yang bermula pukul 8.54 pagi,  Dr Seah berkata beliau menerima Borang POL 21 yang menyatakan tempat-tempat sampel DNA diambil di badan Saiful. Borang berkenaan didapati daripada Hospital Kuala Lumpur pada 30 Jun, 2008 iaitu dua hari selepas pemeriksaan dilakukan ke atas pengadu itu.
Beliau menerima satu bungkusan bertanda B12 daripada polis yang terdapat kesilapan tarikh pada bungkusan yang ditanda pada 28 Ogos 2008 sedangkan dokumen Seah bertanda 28 Jun. Justeru tandaan pada B12  terdapat perubahan.
Peguam Ram Karpal membantah permohonan supaya borang yang diubah tanda sebagai bukti berdasarkan Seksyen 51 Kanun Acara Jenayah. Ram berkata borang tersebut berbeza daripada borang yang diberikan pada peguam pada awal perbicaraan.
Pendakwa Raya Mohd Yusof Zainal Abiden bagaimanapun berkata perkara itu tidak penting tetapi yang penting adalah perkara yang diperiksa. Ram pula berkata dokumen itu penting kerana ia menunjukkan urutan bukti.
Selepas memohon tempoh rehat, Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan borang tersebut yang disenarai sebagai bahan bukti tidak boleh ditanda sebagai eksibit.
Prosiding perbicaraan yang kini sedang berjalan dijangka mendengar lebih banyak keterangan mengejutkan dari saksi pendakwaan.
Semalam, mahkamah dikejutkan dengan laporan proforma yang ditulis doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menyatakan hanya ‘cubaan liwat’ dan ‘cubaan seks oral’ pada ketika Saiful berjumpa doktor.
Perkara itu didedahkan oleh Pakar Jagaan kecemasan HKL, Dr Khairul Nizam Hassan. Mahkamah juga dikejutkan dengan keterangan Pakar Forensik HKL, Dr Siew Sheue Feng yang tidak mengisi borang proforma berkaitan pemeriksaan di dubur Saiful, rektum dan sejarah perubatan pengadu.
Mahkamah semalam turut dikejutkan dengan kenyataan peguam Sankara Nair bahawa botol berisi sampel bahan bukti yang diambil dari tubuh Saiful mempunyai tanda-tanda telah diusik.
Prosiding perbicaraan yang kini sedang berjalan dijangka mendengar lebih banyak keterangan mengejutkan dari saksi pendakwaan.

No comments:

Posting Terkini