Pages

Thursday, October 28, 2010

Untung bersih bank terbesar Dubai merosot 60%

DUBAI: Bank terbesar Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dari segi aset, Dubai Bank, mencatatkan kejatuhan 60% keuntungan bersih kepada US$115.5 juta dalam suku pertama berakhir 30 September, dari US$285.8 juta pada tempuh yang sama 2009.


Dalam satu kenyataan, bank milik kerajaan itu memberitahu Pasaran Kewangan Dubai bahawa pihaknya telah memperuntukan hutang lapuk pada suku ketiga berjumlah US$326.7 juta, menjadikan jumlah kesemuanya US$814 juta dalam sembilan bulan pertama tahun ini.

"Peruntukan khusus bank ini ekoran pendedahannya kepada Dubai World yang diambil kira pada suku ketiga 2010," kata Emirates NBD, salah sebuah pembiaya pinjaman yang terbesar kepada kumpulan pelaburan yang menghadapi masalah itu.

Dubai Bank, di miliki 56% oleh Pertubuhan Pelaburan Dubai, mengalami kejatuhan 7% dalam pendapatan faedah bersih kepada US$462.8 juta, manakala yuran dan pendapatan lain meningkat 1% kepada US$184 juta.

Marjin faedah bersih – perbezaan di antara penerimaan faedah oleh bank dari pinjaman dan faedah yang dibayar kepada dana dan deposit – merosot 2.51% dalam suku ketiga dari 2.54% pada suku kedua.

Emirate NBD berkata, peruntukan keseluruhan hutang lapuk meningkat 67% dari setahun yang lalu kepada US$326.7 juta, menjadikan hutang tidak berbayar kepada 3.66% dalam suku ketiga berbanding 2.30% pada penghujung 2009.

Pada keseluruhannya, pinjaman jatuh 6% Disember lalu kepada US$54.7 bilion sehingga penghujung September, manakala deposit meningkat 10% kepada US$54.1 bilion.

Kadar purata pinjaman tidak berbayar berbanding nisbah pertumbuhan pinjaman untuk sembilan bank terbesar UAE meningkat 4.3% pada 2009 dari 1.7% pada penghujung 2008 ekoran kemeseletan ekonomi di hab pelaburan Teluk Parsi.

- AFP.

No comments:

Posting Terkini