Nahas feri Indon: 17 mayat ditemui
MAUMERE (Indonesia): Seorang pegawai berkata pasukan penyelamat semalam menemui 17 mayat di perairan kawasan timur Indonesia, di mana sebuah feri yang sarat dengan penumpang karam tiga hari lalu.
Sekurang-kurangnya lima orang masih dilapor hilang apabila feri yang membawa lebih 66 kakitangan dan penumpang itu karam Jumaat lalu sekitar 10 kilometer ke utara pantai Flores. -- AP.
PM Myanmar ke sidang Asean
YANGON: Perdana Menteri Myanmar, Encik U Thein Sein, akan menghadiri sidang puncak Asean yang akan diadakan di Hanoi, Vietnam, minggu depan, menurut satu pengumuman rasmi semalam.
Atas undangan rakan sejawatannya dari Vietnam, Encik Nguyen Tan Dung, Encik Thein Sein dijangka menyertai sidang itu dan beberapa sidang lain yang berkaitan, sedang pemimpin Asean menugaskan satu pasukan petugas peringkat tinggi bagi membangunkan pelan induk bagi perhubungan serantau. -- Agensi.
7 mati dipijak gara-gara bola
NAIROBI (Kenya): Tujuh peminat bola sepak mati dipijak dalam satu kejadian merempuh oleh peminat semasa mahu menyaksikan perlawasan bola sepak antara dua pasukan paling popular di Kenya, kata Persatuan Palang Merah Kenya, awal semalam.
Enam orang mati serta-merta apabila mereka dipijak sekumpulan penonton di luar Stadium Kebangsaan Nyayo, manakala seorang lagi mati selepas dibawa ke hospital. -- AP.
Tuesday, October 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment