Pages

Tuesday, May 4, 2010

M'sia akui perjanjian dengan Brunei

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri Malaysia semalam mengesahkan bahawa satu kawasan kaya dengan minyak yang dipertikaikan telah dirancang bagi dibangunkan bersama oleh Malaysia dan Brunei ekoran pemeteraian satu perjanjian, Mac tahun lalu.

Dalam kenyataannya, Wisma Putra juga mengesahkan kawasan yang dikenali sebagai Blok L dan Blok M diiktiraf berada dalam sempadan Brunei, di bawah satu perjanjian yang ditandatangani Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang ketika itu menjadi perdana menteri Malaysia, lapor laman berita The Malaysian Insider, semalam.

'Konsesi minyak Malaysia di Blok L dan M, kebetulan bersama Blok J dan K di Brunei diiktiraf di bawah Pertukaran Surat sebagai berada dalam kawasan kelautan Brunei, yang mana Brunei diberi hak untuk melaksanakan hak kedaulatan di bawah peruntukan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bangsa Bersatu bagi Undang-Undang Laut (UNCLOS 1982),' kata Wisma Putra dalam kenyataan tersebut.

Perjanjian itu juga merangkumi pembentukan Kawasan Aturan Komersial (CAA) bagi minyak dan gas dan membentuk sempadan kelautan di darat tetap dengan Brunei.

Sebelum ini, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Kit Siang, meminta penjelasan daripada Tun Abdullah, selepas tersebar berita mengenai perjanjian itu.



No comments:

Posting Terkini