TEHRAN: Presiden Iran, Encik Mahmoud Ahmadinejad, berkata Teheran tidak perlu mendapatkan semula kepercayaan pihak Barat kerana ia mematuhi undang-undang global, tidak seperti mereka yang memiliki senjata nuklear, kata laporan agensi berita rasmi Irna, semalam.
Encik Ahmadinejad, semasa tiba di New York bagi menghadiri satu mesyuarat kajian semula Perjanjian Pencegahan Senjata Nuklear (NPT), berkata kuasa-kuasa Barat sebaliknya tidak berusaha untuk membina kepercayaan dengan negara republik Islam itu, lapor IRNA lagi. -- AFP.
Militan buruan Saudi serah diri
RIYADH: Seorang militan buruan polis dalam senarai 85 nama paling dikehendaki pihak berkuasa Arab Saudi telah menyerah diri, kata kementerian dalam negeri kelmarin.
Oqail Omaish Oqail al-Mutairi, berada di tempat ke-57 dalam senarai militan yang diburu polis, yang diterbitkan tahun lalu oleh kerajaan negara Teluk itu. -- Agensi.
Akui bohong dibakar
SYDNEY: Seorang lelaki warga India yang berkata dia telah dibakar oleh sekumpulan lelaki di Australia, menyusuli satu siri serangan ke atas para pelajar asing di negara itu, tidak dikenakan hukuman penjara semalam selepas dia mengaku sengaja membuat dakwaan tersebut.
Jaspreet Singh, 28 tahun, mengaku di Mahkamah Majistret Melbourne bersalah membuat laporan palsu kepada polis mengenai insiden pada Januari lalu itu, yang menurutnya, telah mengakibatkan sehingga 30 peratus tubuhnya terbakar. -- AFP.
Gagalkan kes jual ubat palsu
WUHAN (China): Pentadbir ubat-ubatan setempat di kawasan tengah wilayah Hubei telah mematahkan satu kes melibatkan penjualan ubat palsu di Internet, sedang China menggiatkan usaha mengenakan tindakan keras ke atas jenayah dalam talian.
Bukti menunjukkan bahawa seorang suspek dengan nama keluarga 'Xiong' telah mendapat lebih 1.35 jutua yuan ($270,405) dengan menjual ubat-ubat palsu buatannya sendiri melalui Internet kepada lebih 3,000 pembeli di seluruh negara itu.
Demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin oleh pentadbir makanan dan ubat-ubatan wilayah Hubei di ibu kotanya, Wuhan. -- Agensi.
Bas jadi kelas dek gempa
CONSTITUCION (Chile): Tujuh buah bas lama sekarang dijadikan bilik darjah sementara selepas bandar Constitucion turut terjejas oleh gempa bumi sekuat 8.8 pada skala Richter yang melanda selatan Chile pada 27 Februari lalu. -- AFP.
Tuesday, May 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment