Pages

Saturday, May 8, 2010

Indonesia berkas 12 suspek pengganas

JAKARTA: Polis Indonesia semalam berkata mereka telah menahan 12 suspek pengganas yang dikaitkan dengan kem latihan pengganas yang ditemui di wilayah Aceh, Februari lalu.

Jurucakap polis, Mejar Jeneral Edward Aritonang, berkata sekumpulan lelaki itu telah ditahan tanpa berlakunya sebarang pertempuran di sekitaran, Jakarta kelmarin.

'Sebahagian daripadanya anggota pasukan penyokong latihan pengganasan di Aceh. Ia merekrut anggotanya dan mengatur lawatan-lawatan mereka,' kata beliau.

Jeneral Aritonang juga dipetik agensi berita AFP sebagai berkata para suspek itu mungkin ada kaitan dengan rangkaian pengganasan serantau, Jemaah Islamiyah (JI)

Namun, beliau enggan mengulas laporan media setempat yang mengatakan para suspek adalah pengikut pemimpin agama, Haji Abu Bakar Bashir.

Dia pernah di penjara kerana menjadi pemimpin rohani gerakan itu tetapi kemudian dibebaskan.

Laporan dalam talian The Jakarta Globe semalam berkata suspek-suspek pengganas itu telah ditahan di ibu pejabat Jamaah Anshoru Tauhid di sini, yang dipimpin Haji Abu Bakar.





No comments:

Posting Terkini