TEHERAN: Presiden Iran, Encik Mahmoud Ahmadinejad, semalam merasmikan apa yang disifatkan sebagai kilang kereta paling besar di Timur Tengah oleh pengeluar kereta milik pemerintah Iran, Saipa, kata satu laporan agensi rasmi Irna.
Menurut Irna, kilang yang 'terbesar' di Timur Tengah dan ditempatkan di Kashan, sebuah bandar di kawasan tengah Iran, itu akan mengeluarkan 150,000 kereta setiap tahun. -- AFP.
Usul pindah pangkalan tentera AS
TOKYO: Pemerintah Jepun hari ini bersedia untuk memutuskan satu usul memindahkan pangkalan udara tentera Amerika Syarikat yang kontroversial, kata satu laporan Kyodo News Agency semalam, tetapi tiada tanda sama ada Washington atau penduduk setempat akan bersetuju dengan rancangan itu.
Tengkarah berhubung dengan pemindahan pangkalan Marin Amerika Futenma itu telah menjejas hubungan dua hala antara kedua-dua negara, dan menyumbang kepada berkurangnya sokongan ke atas Perdana Menteri Jepun, Encik Yukio Hatoyama. -- Reuters.
Qatar ambil alih pasar raya Harrods
LONDON: Cabang pelaburan keluarga Diraja Qatar mengambil alih pasar raya mewah Britain, Harrods, yang dilaporkan dijual pada harga £pounds;1.5 bilion, ($3.1 bilion) semalam.
Pembelian itu turut mendapat sokongan perdana menterinya, yang berikrar akan menjadikan mercu tanda London itu lebih berjaya daripada ahli perniagaan Mesir, Encik Mohamed Al Fayed, yang sudah menggendalikannya sejak suku abad lalu. -- AFP.
27 militan maut dalam serangan
MIRANSHAH (Pakistan): Satu serangan pesawat drone Amerika Syarikat, yang melancarkan dua misilnya ke arah pangkalan Taleban di Waziristan, di utara Pakistan, berdekatan sempadan Afghanistan, semalam, telah membunuh sembilan orang anggota militan, kata para pegawai keselamatan Pakistan.
Secara berasingan, beberapa helikopter Pakistan telah membunuh 18 militan dalam serbuan di Orakzaim, sebuah wilayah di barat laut Pakistan, kata seorang pegawai pemerintah. -- Reuters.
Monday, May 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment