Pages

Saturday, May 8, 2010

Fakta mengenai pilihan raya Filipina

Lebih 17,000 jawatan bakal dipertandingkan pada Isnin ini.

Ini termasuk jawatan Presiden, kerusi dalam kedua-dua dewan di Parlimen, gabenor wilayah, datuk bandar dan anggota Majlis Perbandaran.


Lebih 50 juta rakyat Filipina layak mengundi, termasuk warga negara yang bekerja di luar negeri.


Lebih 80,000 pusat mengundi akan disediakan di serata negara.


Calon Presiden yang meraih undi paling tinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang.


Terdapat sembilan calon bagi jawatan Presiden dan lapan calon bagi Naib Presiden.

Kedua-dua jawatan itu diundi secara berasingan. Justeru, tidak mustahil bagi calon Presiden dan Naib Presiden musuh ketat.


Isu pilihan raya kali ini ialah usaha mengukuhkan ekonomi; mengurangkan kadar kemiskinan; mempertingkatkan kawalan keselamatan serta menangani masalah rasuah.


Buat pertama kali, mesin mengira undi automatik akan digunakan bagi mengurangkan risiko penipuan oleh para calon.


Sekitar 82,200 mesin serupa itu akan digunakan.


Pilihan raya Filipina secara tradisi sering dibelenggu keganasan.

Sejauh ini, 33 orang telah terbunuh sementara lagi 31 orang cedera sepanjang kempen tiga bulan menjelang pilihan raya.

Ini tidak termasuk 57 orang yang dibunuh tahun lalu di wilayah selatan Maguindanao.

Pembunuhan beramai-ramai itu didakwa didalangi oleh ketua puak Islam setempat yang ingin melenyapkan pencabar politiknya.



No comments:

Posting Terkini