Pages

Sunday, May 16, 2010

Dua maut dalam letupan loji peluru

COLEBROOK (New Hampshire): Beberapa letupan yang berlaku di sebuah loji membuat senjata api dan peluru di utara New Hampshire kelmarin menyebabkan dua orang terkorban.

Bangunan yang terletak beberapa blok dari situ turut bergoncang, sedang asap hitam berkepul ke udara dan penduduk terpaksa dipindahkan daripada 40 rumah di kejiranan itu.

Pengarah Bomba Negeri, Encik Bill Degnan, mengesahkan kematian di bangunan MDM Muzzleloader di Colebrook.

Menurutnya, kebakaran berlaku lebih empat jam selepas letupan dilaporkan.

Letupan berlaku sejurus selepas 1 petang. Pekerja bomba pada mulanya tidak dapat mendekat untuk memadam kebakaran kerana peluru masih meletup dua jam selepas letupan yang pertama, kata Cik Mia West, pegawai penerangan Colebrook.

Sekitar 40 rumah berhampiran terpaksa dikosongkan. -- AP.




No comments:

Posting Terkini