Friday, May 7, 2010
Demam pilihan raya Filipina
MANILA: Poster pilihan raya bergantungan di sebatang jalan di Manila, ibu kota Filipina, semalam. Para pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (Comelec) menegaskan pilihan raya Isnin ini akan diteruskan meskipun terdapat masalah berhubung mesin kira undi.
Mereka berjanji akan menggantikan lebih 76,000 kad memori bermasalah pada mesin itu menjelang pengundian.
Tinjauan pendapat menunjukkan Senator Benigno 'Noynoy' Aquino mendahului calon presiden lain, termasuk mantan presiden Joseph Estrada. -- AFP, Reuters.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment