Pages

Monday, May 17, 2010

BN kalah kerana pergeseran dalaman parti komponen

BEAUFORT: Kekalahan Barisan Nasional (BN) oleh pembangkang di beberapa negeri di semenanjung adalah kerana pergeseran dalaman oleh beberapa parti dalam komponen BN.

“Pergeseran itu ternyata membawa impak buruk dalam pilihan raya umum lalu yang mana beberapa negeri jatuh ke tangan parti pembangkang,” kata Ahli Majlis tertinggi Umno, Datuk Lajim Haji Ukin.

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia dan Ketua Umno Bahagian Beaufort berkata, apabila berlaku pergeseran dalam parti membuatkan masalah rakyat tidak terpeduli membuatkan rakyat rasa terpinggir dan kecewa yang akhirnya memilih pembangkang sebagai jalan penyudah.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Persidangan berkelompok Cawangan-cawangan Umno Bahagian Beaufort bagi Daerah Mengundi Kota Klias A&B, Malabau, Takuli dan Limbawang yang diadakan di Dewan Muhibbah Rancangan Klias Beaufort pada Sabtu.

“Umno itu tidak kalah dalam pilihan raya lalu berdasarkan kepada keputusan pilihan raya lalu di mana kebanyakan calon-calon Umno menang dan ini membuktikan bahawa Umno itu sebenarnya masih kuat,” katanya.

Namun demikian, senario politik begitu cepat berubah selepas pilihan raya umum lalu, terutama sekali di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang, di mana ramai kalangan wakil rakyat pembangkang kini tersepit di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat malah ada antara mereka yang telah keluar meninggalkan parti itu.

Lajim berkata, di Sabah parti-parti komponen terus menjalinkan kerjasama yang erat dan hasil kesepakatan itu telah membawa kejayaan besar kepada kemenangan BN dalam pilhan raya yang lalu.

No comments:

Posting Terkini