Pages

Thursday, August 26, 2010

Dah ketandusan modal, Umno curi slogan DAP pula


Viktor Wong

Setelah kalah di dalam pilihanraya umum yang lalu dan kehilangan kuasa di Pulau Pinang, Umno di negeri tersebut kini telah ketandusan modal politik dan gagal memikirkan sebarang idea baru untuk menguatkan semula jentera politik mereka dengan lebih berkesan.

Oleh itu, Umno Pulau Pinang kini terpaksa bermuka tembok dan menutup malunya dengan mencuri cogankata DAP yang digunakan pada pilihanraya umum yang lalu iaitu "Jom Ubah" untuk diguna pakai sebagai slogan Umno negeri tersebut bagi meraih semula sokongan rakyat.

Nama "Jom Ubah" yang dicuri oleh Umno Pulau Pinang itu kini telah menjadi slogan rasmi parti perkauman tersebut setelah ianya diresmikan oleh ketua perhubungan Umno negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis yang lalu.

Sebagai makluman, slogan "Jom Ubah" asalnya telah dipelopori oleh DAP sebagai cogankata rasmi manifesto parti itu di dalam menghadapi pilihanraya umum yang lalu pada tahun 2008.

Slogan "Jom Ubah" DAP yang telah menjadi popular ketika itu di kalangan para pengundi juga berjaya menarik ramai penyokong-penyokong untuk mengundi bagi menumbangkan kerajaan BN di beberapa buah negeri pada pilihanraya umum yang lalu.

Agaknya Umno Pulau Pinang kini telah sedar dan insaf bahawa mereka benar-benar telah mencuri pakai slogan tersebut. Tetapi jika sebaliknya, dan enggan mengaku kesilapan mereka, tak mengapa, kita gelar mereka "pencuri" dan rakyat jelata akan tahu.

No comments:

Posting Terkini