MANTAN Presiden Filipina, Encik Joseph Estrada, percaya beliau boleh membuat kejutan dalam Pilihan Raya Presiden pada Isnin ini dan muncul sebagai pemenang.
Ini memandangkan ramai penduduk di kawasan setinggan yang masih sayangkan beliau kerana watak hero yang sering dimainkan dalam filem-filemnya sebelum ini.
Bintang filem itu sering memainkan watak yang memperjuangkan hak golongan miskin.
Semasa berkempen, Encik Estrada telah membidas pencabar terdekatnya, Senator Benigno Aquino, yang menggesa para penyokongnya agar keluar mengadakan bantahan jika beliau kalah.
'Itu kerja gila. Beliau tidak seharusnya terlalu yakin yang beliau telah menang, dan lebih teruk lagi mengancam mengadakan bantahan jika beliau kalah.
'Beliau seharusnya belajar daripada ibunya untuk bercakap dengan lebih rendah hati. Lagi pun pertandingan belum lagi tamat. Semoga calon yang terbaik yang menang,' kata Encik Estrada, 73 tahun.
Encik Estrada telah diguling oleh pemberontakan yang disokong oleh pihak tenetara pada 2001, setelah didakwa mengamalkan rasuah sepanjang tiga tahun berkuasa.
Semasa pemerintahannya beliau, Cik Gloria Arroyo merupakan Naib Presiden.
Pada 2004, Cik Arroyo telah dibenarkan bertanding bagi jawatan Presiden dan menang.
Encik Estrada telah didapati bersalah atas tuduhan rasuah pada September 2007.
Namun, pada Oktober tahun itu, beliau telah diampunkan oleh Cik Arroyo.
Memandangkan tempoh pemerintahan Enc04, ditamatkan setengah jalan, beliau dibenarkan bertanding sekali lagi.
Ironinya, dalam kempen kali ini, Encik Estrada berkata sebab utama mengapa Filipina dicengkam kemiskinan ialah ekoran gejala rasuah.
Jika dipilih, beliau berikrar untuk menangani masalah itu.
Beliau juga akan menghuraikan masalah autonomi di selatan Filipina dan mewujudkan sekitaran sosial yang selamat.
Semasa kempen kali ini, bekas bintang filem itu memanfaatkan popularitinya.
Sekali-sekala, beliau akan menyanyikan lagu-lagu cinta semasa rapat kempen di kawasan setinggan.
'Saya masih lakukannya (bernyanyi) dari masa ke masa. Tetapi suara saya dah semakin serak,' kata Encik Estrada dengan tersenyum.
Walaupun sebelum ini beliau dilaporkan suka berfoya-foya dengan wanita, kuat minum arak dan berjudi, Encik Estrada telah memenangi Pilihan Raya Presiden pada 1998 kerana bintangnya masih bersinar.
Namun, kali ini, kilauan bintang itu sudah mula pudar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment