Azamuddin Omar dipanggil polis kali ketiga hari ini dan masih berpendirian tegas dengan apa yang disebutkan sebelum ini berhubung insiden Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak minggu lalu.
Azamunddin 15 anak seorang anggota polis yang merupakan satu-satunya penumpang kereta dipandu Aminulrasyid dipanggil semula polis dua hari selepas mengadakan sidang media di sini. Pada sidang media kelmarin Azamuddin berkata mereka pulang ke rumah selepas menonton perlawanan bola sepak di sebuah restoran sebelum terlibat dalam kemalangan dan dikejar beberapa motosikal dan juga anggota polis.
Azamuddin mengulangi kenyataannya kepada pasukan siasatan bahawa anggota polis melepaskan tembakan ke arah kenderaan mereka dengan salah satunya terkena bahagian kepala Aminulrasyid.
Tumpuan soalan hari ini bila tembakan terakhir dan maut dilepaskan kata peguamnya N Surendran di sini hari ini.
Wednesday, May 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment