Pages

Saturday, April 3, 2010

Radar angkasa elak konflik

ISKANDARIAH: Teknologi yang diguna bagi mengesan ais di planet Marikh pada 2007 boleh digunakan untuk mencari air bagi mengelak konflik di Timur Tengah, kata saintis Amerika, Encik Essam Heggy, semalam.

Sistem radar Marsis boleh mengesan air satu kilometer di bawah permukaan gurun, kata beliau. -- AFP.

Saman polis berkaitan komik

TOKYO: Anak ketua samseng Yakuza memfailkan saman terhadap polis Jepun kerana melarang kedai buku menjual komik mengenai kumpulan samseng.

Penulis Manabu Miyazaki berkata polis Fukuoka menindas kebebasan bersuara dengan melarang kedai buku menjual komik dan majalah manga. -- AFP.





No comments:

Posting Terkini