Pages

Wednesday, March 3, 2010

Sekilas - Dunia

2 cedera dalam serangan di Thai

NARATHIWAT (Thailand): Dua orang cedera dalam sembilan siri serangan bom membabitkan beberapa kawasan di wilayah Narathiwat, termasuk di dua premis bank tempatan semalam.

Ini merupakan siri kedua serangan bom di premis bank tempatan.

Lima premis bank di Bangkok, empat daripadanya milik Bangkok Bank, dibom Sabtu lalu.

Polis percaya serangan bom itu mempunyai kaitan dengan keputusan Mahkamah Agung Jumaat lalu yang memutuskan

untuk merampas sebahagian aset mantan Perdana Menteri, Encik Thaksin Shinawatra yang dibeku. -- Bernama.

Kilang bunga api meletup, 20 maut

SANAA (Yaman): Sekurang-kurangnya 20 orang terkorban di Yaman apabila satu letupan berlaku di sebuah gudang bunga api.

Letupan di bandar Taez, di selatan Yaman, itu telah menyebabkan tiga bangunan runtuh.

Punca letupan masih disiasat. -- Agensi.

Bekas Presiden Bosnia diberkas

LONDON: Bekas Presiden Bosnia, Ejup Ganic dilaporkan ditahan di London kelmarin selepas waran ektradisi dikeluarkan oleh Serbia.

Ganic ditahan oleh pegawai dari Unit Ekstradisi Scotland Yard ketika pemimpin berusia 63 tahun itu tiba di Lapangan Terbang Heathrow.

Dia berdepan tuduhan terbabit dalam komplot membunuh askar Yugoslavia yang cedera di Sarajevo ketika konflik Balkan pada 1992. -- AFP.

Gempa gegar Kyrgyzstan

WASHINGTON: Gempa bumi sekuat 5.0 pada skala Richter menggegarkan Kyrgyzstan, berdekatan ibu negara Bishkek, lapor Pusat Penyelidikan Geoologikal Amerika Syarikat (USGS) semalam.

Gempa kuat berukuran 6.1 pada skala Richter turut dilaporkan melanda Filipina semalam.

Tidak ada laporan segera mengenai kerosakan atau mangsa yang terbabit dalam kedua-dua gempa itu. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini