Pages

Thursday, April 1, 2010

AS mahu Israel beku pembinaan

AS mahu Israel beku pembinaan

BAITULMAKDIS: Amerika Syarikat mahu Israel membekukan pembinaan petempatan Yahudi di timur Baitulmakdis selama empat bulan, lapor media setempat semalam.

Sebagai ganti, Amerika akan mendesak Palestin supaya mengadakan rundingan damai secara langsung dengan Israel.

Ini didedahkan oleh beberapa pegawai Israel menyusuli lawatan Perdana Menteri, Encik Benjamin Netanyahu, ke Amerika minggu lalu. -- AFP.

Pelancong jatuh ke dalam kawah

JAKARTA: Seorang pelancong dari Sweden meninggal dunia semalam selepas beliau terjatuh 150 meter ke dalam kawah Gunung Batur di Bali. Lelaki berusia 25 tahun itu tergelincir apabila sedang menjenguk ke bawah kawah itu selepas mendaki setinggi 1,700 meter.

Pekerja penyelamat dilaporkan sedang berusaha mengeluarkan mayat beliau. -- AFP.

Bapa akan saman doktor Jackson

LOS ANGELES: Peguam kepada bapa Michael Jackson berkata beliau merancang memfailkan saman terhadap doktor peribadi penyanyi pop itu atas tuduhan membunuh secara salah anaknya itu, dalam masa 90 hari lagi.

Encik Brian Oxman, yang mewakili Encik Joe Jackson, berkata jumlah dadah jenis anesthetic propofol yang diberikan oleh Dr Conrad Murray kepada penyanyi itu 'amat kuat dan boleh membawa tuduhan membunuh tahap kedua'.

Penyanyi itu meninggal dunia pada 25 Jun tahun lalu. -- Reuters.



No comments:

Posting Terkini