Pages

Friday, January 29, 2010

43 peratus rakyat 30 tahun ke atas hidap hipertensi

KUALA LUMPUR: Kira-kira 4.8 juta orang atau 43 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi hipertensi (darah tinggi).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata angka itu meningkat 10 peratus berbanding 10 tahun lalu.

Beliau berkata, berdasarkan kajian kali ketiga oleh The National Health and Morbidity Survey yang dibuat 10 tahun sekali itu menunjukkan peningkatan berlaku berikutan semakin ramai mengamalkan cara hidup tidak sihat serta kurang peka dengan tahap kesihatan mereka.


No comments:

Posting Terkini