Pages

Thursday, December 17, 2009

Zizie - Bung Moktar belum nikah - ibu

"Sumpah demi Allah, Zizie belum bernikah lagi. Kalau ada, saya akan jemput anda semua datang majlis perkahwinannya," katanya selepas membeli-belah di KLCC hari ini.

Itu reaksi ibu pelakon terkenal Zizie Izette, Khaty Fauziah (gambar) berhubung laporan konon anaknya sudah bernikah dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

Menurut Khaty, apa yang dilaporkan dalam laman-laman web semuanya tidak benar dan sebagai ibu sudah tentu beliau paling sibuk ketika ini menyelenggarakan majlis pernikahan anaknya.

"Saya harap semua pihak faham keadaan Zizie. Bukan mudah untuk dia membuat keputusan kerana ada hati yang perlu dijaga.

"Semua orang sedia maklum, beliau (Bung Moktar) sudah berkeluarga dan ada hati yang perlu Zizie jaga. Kami tidak mahu membiarkan hati pihak lain terguris," pinta Khaty dalam nada yang sebak.

Berita lanjut di sini

No comments:

Posting Terkini