Pages

Thursday, November 12, 2009

Susilo adakan pertemuan dengan Najib

Ketibaan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di Bangunan Perdana Putra pada pukul 8.45 pagi ini disambut oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan beberapa menteri kabinet. -Foto REUTERS

PUTRAJAYA: Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono tiba pagi ini untuk mengadakan pertemuan tertutup dan mesyuarat delegasi dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di sini.

Ketibaan beliau di Bangunan Perdana Putra pada pukul 8.45 pagi disambut oleh Najib dan beberapa menteri kabinet termasuk Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Malaysia merupakan negara pertama dilawati Susilo selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia bagi penggal kedua baru-baru ini.

Selepas mesyuarat delegasi, keduadua pemimpin itu dijadual mengadakan sidang akhbar bersama.

Hari ini merupakan hari kedua lawatan dua hari Presiden Indonesia itu ke Malaysia, dalam usaha meningkatkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala. BERNAMA



No comments:

Posting Terkini