Pages

Wednesday, March 4, 2009

Polis halang hantar memorandum ke Parlimen Khamis ini

KUALA LUMPUR: Polis akan menghalang tindakan kumpulan yang merancang menghantar memorandum kepada Ahli Parlimen tertentu di bangunan Parlimen Khamis ini bagi memastikan tidak berlaku sebarang kekecohan di luar dan di dalam bangunan tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohamad Sabtu Osman, berkata polis akan mengambil tindakan tegas bagi menghalang usaha tersebut termasuk mengadakan kawalan dan sekatan yang lebih ketat.

Datanglah si polis ni nak tunjuk tegas kononnya!. Samseng Pemuda UMNO masuk dan buat huru-hara di parlimen, polis-polis buat macam tak tau. Dasar barua UMNO.

"Kita sudah banyak kali bertolak ansur, namun tindakan mengadakan perhimpunan dan penyerahan memorandum masih juga dilakukan.

"Kali ini kita tidak akan membenarkan langsung perkara tersebut berlaku," katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas rancangan kira-kira 300 individu untuk berhimpun dan menghantar memorandum pada pagi Khamis ini sebagai tanda rasa tidak puas hati terhadap tindakan polis menembak mati enam penjenayah di Kulim, Kedah, bulan lalu.

Katanya, polis tidak akan sesekali bertolak ansur dengan mereka yang ingkar dengan arahan tersebut kerana ia adalah perhimpunan haram yang menyalahi undang-undang di bawah peruntukan Seksyen 27 Akta Polis 1967.

"Kita nasihatkan orang ramai tidak menyertai perhimpunan tersebut kerana tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mereka," katanya.

Beliau berkata, selain sekatan di jalan menuju ke bangunan Parlimen, pemeriksaan lebih rapi akan dibuat terhadap individu yang memasuki perkarangan Parlimen termasuk yang dibawa oleh Ahli Parlimen.

"Ini bagi memastikan tidak ada yang terlepas masuk kerana sebelum ini usaha pihak tertentu menghantar memorandum berjaya kerana dibawa masuk oleh Ahli Parlimen tertentu," katanya.

Mohammad Sabtu turut mengingatkan Ahli Parlimen yang membawa masuk individu tersebut harus bertanggungjawab di atas tindakan masing-masing. - Bernama

1 comment:

A-I-B said...

Bukan polis sahaja jadi barua UMNO-BN malahan ramai lagi dikalangan penjawat awam jadi barua dan pengintip kerajaan BN (Barua Nasional). Apabila jatuhnya kerajaan Barua Nasional ini di PRU13 kita nyahkan saja semua penjawat awam ini ke kawasan pendalaman atau dilemaskan ke dalam air takong najis UMNO-BN. Memang sesuai kerana mereka ini dari kalangan pembawa najis.

Posting Terkini