Pages

Wednesday, November 18, 2009

Sekilas - Dunia

Pemberontak Houthi sebar ajaran Syiah

RIYADH: Ulama Arab Saudi menuduh pemberontak kaum Houthi di Yaman bersekongkol dengan Iran untuk menyebarkan ajaran Syiah di negara itu.

'Kerjasama Iran dengan pemberontak Houthi di Yaman adalah satu persekongkolan bagi melakukan jenayah dan pencerobohan,' kata Mufti Besar Sheikh Abdul-Aziz al-Sheikh kelmarin.

Tentera Yaman berkata ia telah membunuh 10 orang pemberontak Houthi dan menangkap lima yang lain Isnin lalu. -- Reuters.

Ejen Korea U culik 200 warga China

SEOUL: Ejen Korea Utara menculik 200 rakyat China sepanjang dekad yang lalu dalam usaha mencegah penduduk daripada melarikan diri dari negara itu.

Rakyat China keturunan Korea membantu pelarian yang melarikan diri merentasi sempadan tetapi mereka diculik dan dipenjarakan di Korea Utara, lapor akhbar Chosun Ilbo.

Beijing tidak pernah meminta mereka dihantar pulang kerana hubungan istimewa dengan Pyongyang, kata akhbar tersebut. -- AFP.

Rumah wakil EU di Aceh diserang

BANDA ACEH: Sekumpulan orang bersenjata melepaskan tembakan ke arah rumah wakil Kesatuan Eropah di Banda Aceh, menurut polis semalam.

Tidak ada sesiapa cedera dalam serangan sekitar 10 malam kelmarin itu, yang berlaku ketika Encik John Penny dan isterinya berada di rumah, kata pegawal keselamatan di rumah tersebut.

Jurucakap Polis Aceh, Encik Farid Ahmad Saleh, mengesahkan serangan itu tetapi motif serangan belum diketahui, kata beliau. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini