Pages

Saturday, November 21, 2009

18 maut rai kemenangan skuad Piala Dunia

ALGIERS: Sekurang-kurangnya 18 terbunuh, manakala 312 lagi cedera selepas peminat berasak-asak di jalan raya ketika meraikan kejayaan skuad bola sepak kebangsaan Algeris ke Piala Dunia 2010, semalam.

Nahas jalan raya paling buruk berlaku di daerah selatan Ouargla apabila lima maut.

Kejayaan negara itu diraikan penduduk selepas akud kebangsaan menewaskan Mesir 1-0, Rabu lalu.

Sebaik berita kemenangan itu, penduduk keluar di jalan raya dengan memandu kenderaan masing-masing sambil mengibar bendera serta berasak-asak sehingga menimbulkan kesesakan trafik yang teruk.

Pihak berkuasa juga melaporkan, 145 orang diserang penyakit jantung sebaik berita kemenangan negara itu layak ke Piala Dunia di Afrika Selatan. - AFP

No comments:

Posting Terkini