Pages

Friday, October 9, 2009

Tanah Perkuburan Islam Mencukupi

SHAH ALAM, 8 Oktober - Tanah perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam masih mencukupi untuk menampung pertambahan jumlah mayat yang dikebumikan di kawasan itu setiap hari.

Demikian kata Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Mohd Noor berikutan adanya desas desus yang mengatakan tanah perkuburan di kawasan ini semakin padat dan mungkin digunakan sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

“Sebenarnya bagi kubur Islam terutamanya bagi Seksyen 21 masih lagi banyak kerana sebahagian daripada kawasan hijau itu kubur. Oleh kerana tak digunakan kita tanam pokok dan sebagainya”,katanya.

Menurutnya, sehingga kini tanah perkuburan seluas 64.57 ekar itu telah menempatkan 2,833 jenazah dewasa dan 954 kanak-kanak.

Mazalan berkata, umat Islam tidak perlu bimbang kerana tapak kawasan perkuburan itu masih mencukupi untuk menampung jenazah untuk beberapa tahun lagi.

“Apabila hampir 75 peratus sahaja dipenuhi kita akan beralih ketempat lain kerana sekarang masih banyak lagi sebenarnya masih banyak,yang pokok-pokok hijau itu adalah kawasan kubur, oleh kerana tak digunakan kita tanam dulu pokok-pokok.

“Jangan khuatirlah itu menjadi tugas PBT, Insyaallah kita akan sediakan dan perancangan kita tidak upsetlah dapat berjalan baik, jangan khuatirlah”,katanya.

Mazalan berkata demikian ketika ditemui TV Selangor pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Bandaraya Shah Alam, baru-baru ini.

Ditanya mengenai cadangan tapak baru pada masa hadapan, Mazalan berkata pihaknya mengenalpasti dua tapak baru iaitu di SP Setia Alam di Bukit Raja dan Denai Alam berhampiran di Bukit Subang.

“Kita ada perancangan dua,tiga yang ditadbir sendiri Shah Alam ada satu adalah di SP Setia Shah Alam yang mana kita ada 90 ekar bagi muslim kita ada 45 ekar.Itu memang banyaklah.yang kedua yang kita akan buka di kawasan Denai Alam,So jangan khuatirlah,Insya Allah kita akan sediakan dan perancangan kita tidak upsetlah dapat berjalan baik.jangan khuatirlah”,katanya.

Katanya selain tanah perkuburan Islam, kawasan tapak baru itu nanti turut menempatkan tanah perkuburan bagi penganut agama lain.

“China, India pun kita bantu,kita di Seksyen 21 ada kubur Cina, Kristian dan India dan diSetia Alam kita jangkakan juga begitu,even kita ada kubur Bai Hai dan lain-lain lagi, Cina, India dan juga Muslim.Semua cukuplah”,katanya.

No comments:

Posting Terkini