BESTARI JAYA, 9 Okt - Dalam usaha menjadikan Selangor sebagai hub pendidikan di rantau ini, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif dengan melancarkan program Jejak Ilmuan pada 8 November ini, bermula dari daerah Klang.
Program ini merupakan cara yang terbaik untuk menghimpun dan mengenalpasti ilmuan anak tempatan Selangor yang sudah berjaya dalam bidang masing-masing supaya dapat menyumbangkan idea dan kepakaran mereka untuk diketengahkan kepada pemimpin masyarakat di semua peringkat.
Secara tidak langsung kepakaran mereka ini nanti dapat menambah baik sistem penyampaian kerajaan negeri dan melonjakkan lagi pembangunan ekonomi Selangor pada masa hadapan.
“Program Jelajah Ilmuan yang akan dilancarkan YAB Menteri Besar Selangor pada 8 November nanti di Klang Insya-Allah di mana kita akan mengumpulkan seramai mungkin ilmuan-ilmuan di Selangor itu untuk diketengahkan kepada pimpinan-pimpinan masyarakat dan juga kepada pelajar-pelajar, tunas-tunas ilmuan kita supaya kita benar-benar ini adalah inisiatif serius Kerajaan Negeri Selangor untuk menjadikan Selangor ini hub ilmuan, hub pendidikan, jadi bersama-samalah rakyat negeri Selangor bersama-sama dalam program Jelajah Ilmuan itu nanti”, kata Dr Halimah Ali.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali berkata demikian selepas merasmikan Konsert Kesenian Amal Aidilfitri di Universiti Industri Selangor (UNISEL), Bestari Jaya malam semalam.
Katanya, Malam Kesenian Amal ini merupakan program berbentuk ilmiah dengan menerapkan nilai-nilai murni bagi membentuk peribadi muslim cemerlang khususnya dari kalangan pelajar-pelajar UNISEL dan masyarakat setempat.
Selain berhibur, konsert amal ini juga bertujuan mengutip dana kebajikan untuk disumbangkan kepada Rumah Anak-anak Yatim Asrama Damai, Rawang sedikit banyak dapat meringankan beban kos operasi dan pengurusannya.
“Kita nak supaya mahasiswa ni keluar bermasyarakat sikit dengan orang luar dan kita menjemput semua masyarakat sekeliling UNISEL, masyarakat sekeliling UNISEL dekat Kuala Selangor. Di samping itu juga kita nak mengeratkan hubungan silaturrahim di antara penduduk-penduduk kampung dan juga masyarakat luar”, kata Presiden i-Rakan UNISEL, Mustafa Abdul Azais.
Konsert Amal anjuran Persatuan i-Rakan ini juga turut mengundang beberapa artis nasyid jemputan antaranya UNIC, Mestica dan Destiny.
Kira-kira 1,000 penonton hadir pada malam kesenian tersebut.
Hadir sama Naib Canselor UNISEL, Datuk Dr. Rosti Saruwono dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UNISEL, Prof. Madya Zainal Abidin Kidam. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment