Penyokong Thaksin berdemo
BANGKOK: Ribuan penyokong mantan perdana menteri Thailand yang digulingkan, Encik Thaksin Shinawatra, berhimpun di Bangkok semalam meminta kerajaan Thai dibubarkan dan mengadakan pilihan raya baru.
Para penyokong itu sering mengancam akan mencetuskan semula pergolakan politik di negara itu sejak bekas pemimpin Thai itu digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada 2006. -- AP.
Australia beri Indonesia A$17j
JAKARTA: Australia semalam berkata ia akan memberikan Indonesia sekitar A$17 juta ($21 juta) dalam bentuk bantuan, ekoran gempa yang berlaku di Jawa dan Sumatera bulan lalu.
'Hari ini (semalam), saya mengumumkan satu komitmen Australia sebanyak A$17 juta ($21 juta) untuk membantu rakyat Indonesia membina semula kehidupan mereka selepas gempa bumi - A$12 juta untuk Sumatera Barat dan A$5 juta untuk Jawa Barat,' kata Menteri Luar Australia, Encik Stephen Smith, dalam satu kenyataan. -- AFP.
Amaran Hillary kepada Iran
LONDON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Cik Hillary Clinton, semalam memberi amaran kepada Iran agar memenuhi kewajipannya terhadap program nuklearnya yang dipertikaikan.
'Masyarakat antarabangsa tidak akan menunggu selama-lamanya untuk mendapatkan bukti bahawa Iran bersedia memenuhi kewajipan antarabangsanya,' kata Cik Clinton selepas bertemu Setiausaha Luar Britain, Encik David Miliband. -- AFP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment