Isu nuklear: Obama mahu Iran bertindak segera
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, menuntut agar Iran mengambil tindakan yang 'membina' dan segera menyusuli rundingan nuklear di antara negara itu dengan kuasa dunia kelmarin.
Di akhir rundingan di Geneva itu, Teheran bersetuju memberi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akses kepada kilang baru pengayaan uraniumnya.
Encik Obama berkata akses itu harus diberikan segera dan sepenuhnya. -- AFP.
Namakan bayi 'Tsunami' sempena bencana
APIA: Bayi berusia dua hari yang berjaya diselamatkan daripada gelombang tsunami yang menghempas Samoa Selasa lalu telah diberi nama 'Tsunami'.
Dia telah diselamatkan oleh seorang saudara lelakinya sedang gelombang itu menghempas rumahnya di kampung Saleapaga.
Bayi itu pada mulanya telah dinamakan 'Narineaso' tetapi ibu bapanya kemudian menukarnya kepada 'Tsunami' sempena bencana itu. -- AFP.
13 cedera akibat bom kereta di Sri Lanka
COLOMBO (Sri Lanka): Sebutir bom kereta meletup di barat laut Sri Lanka semalam dan mencederakan 13 orang, termasuk 12 kanak-kanak.
Ia merupakan serangan bom pertama yang dilaporkan di negara itu sejak gerila Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) ditumpaskan oleh askar pemerintah Mei lalu. -- AP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment