KUALA LUMPUR, 5 Okt-- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini mengumumkan pemberhentian terus operasi Borang e-B 2008, e-BE 2008, e-M 2008, e-P 2008, e-E 2008, e-C 2008 dan e-R 2008 mulai 9 Oktober, 2009.
Lembaga itu menasihati pembayar cukai yang masih belum mengemukakan borang masing-masing untuk berbuat demikian secara manual dengan mendapatkannya dari mana-mana cawangannya.
Selain itu, lembaga itu turut memaklumkan bahawa sistem e-filing bagi Borang e-C 2009, e-R 2009 dan e-CP204 akan ditutup sementara antara 9 Oktober dan 22 Oktober, 2009 bagi kerja-kerja penyelenggaraan.
Pembayar cukai boleh menghubungi LHDN melalui emel: e_filing@hasil.gov.my atau di nombor talian 1-300-88-3010 bagi mendapatkan maklumat lanjut atau bantuan.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment